Monday, December 27

sila buat ini..sebelum anda meninggal dunia

jumaat -
my dad's former student meninggal dunia..sebab accident langgar divider..koma for a day..then meninggal dunia sbb kecederaan pada bahagian kepala..

ahad -
on the way balik dr Perak, singgah kat rumah keluarga arwah di Sabak Bernam. my dad nak collect few important docs utk tolong waris arwah claim life insurance..my mom was not his agent but my dad rasa sangat2 nak tolong coz he's very close with my dad..

i remember him..as my dad's student who used to bring my mom a baby jellyfish after my dad assigned them to catch  jellyfish before they start their daily training in Teluk Rubiah dulu..dengan sangat excited dia datang jumpa my mom.."akak, ni anak obor-obor..." sambil pegang botol mineral yg ada anak obor-obor tu..

he's a sweet person..

we met his family tadi..sebelum dia meninggal, selalu dia ajak my dad suruh datang kampung dia..ajak memancing kat bendang and sungai..last raya, dia ajak datang open house..but my dad sgt bz..at last, bila arwah dah tak ada baru my dad sempat jejak kaki kat rumah dia..

his mom is a teacher..his dad, i don't know..but he's kinda an important person gak r kat kampung tu..they look very calm..
now adik lelaki selepas dia yang uruskan everything that he left behind..dari hal insurance sampai ke hal kemas barang-barang arwah kat rumah sewa di KL..kesian je bila terpandang mata dia yang bengkak..he must be very close with his brother..losing a brother is tough..i can relate..

he told that weeks before arwah meninggal, dia ikut join kelas pengurusan jenazah..dia sangat excited nak jadi model jenazah tu..hmmm talk about signs kan..

about insurance claim tu, my dad explained to his family that arwah ada satu policy..so now that he's gone, waris akan dapat duit utk kebumikan jenazah = RM3000..then sebab dia meninggal sebab accident, waris dia akan dapat RM150,000...

he came from a good family..religious one..satu hajat mak arwah tadi, dia nak hantar upah haji untuk arwah and buat sedekah jariah utk arwah..she said arwah sangat muda lg (27thn)..apa sangatlah harta akhirat yg arwah ada..sedih bila dengar..i can't imagine the feeling of a mom..losing her child..and have to outlive him..managing his pusaka..its suppose to be the other way around kan?kita yang patutkan uruskan mak ayah kita bila diorang meninggal sebab time kita lahir diorang dah uruskan kita..but qada' qadar ketentuan Allah..

back to the real purpose of this post..

here i list down FOUR things that we NEED TO DO before we die..so that our parents and siblings tak kelam kabut when we die..at least kita tak bebankan diorang..

1. inform diorang kalau kita ada simpanan, insurance, EPF even duit kutu kalau ada..sbb if dorg waris sah kita, dorg ada hak utk semua tu..dan duit tu jugak blh guna utk bayar kos kebumi..kos kenduri arwah..bayar hutang kita..ingat, kalau ada hutang dunia kena langsaikan..kalau tak, terbeban bila meninggal nanti..duit tu gak dorg leh upahkan haji utk kita..

2. sila kongsi NOMBOR PIN KAD ATM dengan mak ayah kita..kenapa??? sebab..bila kita dah tak ada, diorang boleh bawak keluar segera..pesan kat dorg, bawak keluar semua duit dalam tu..then barulah lapor pd Bank yang kita dah tak ada..sebab?? kalau diorang report kematian sebelum bawak keluar duit, duit tu akan dibekukan..n Amanah Raya akan take over pembahagian duit tu..biarla RM10 pon..leceh kan??so kongsi no pin dengan parents k?

3. kalau ada hutang apa-apa, bgtau kat mak ayah atau adik beradik..senang nanti..tak ada lag diorang teraba-raba dalam gelap..nak mencari sape yang kita ada hutang..

4. start la menyimpan duit..utk kegunaan kita bila meninggal nanti..memang lah bila seorang manusia tu meninggal dunia, dia akan terpisah dari semua hal dunia ni..tapi ada benda yang kita tak patut biar mak ayah ngan adik2 kita tanggung lepas kita tak ada..duit kebumi, duit kenduri, duit upah haji..semua tu tanggungjawab kita..walaupon mak ayah ngan adik2 tak akan cakap diorang terbeban kena buat semua tu utk kita bila kita dah tak ada tapi hakikat yang memang kita susahkan diorang tetap tak berubah..so..simpan lah duit eh..masuk insurance hayat kalau nak senang..beringat sbelum terkena..



~sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah saudara Idrus, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Amin.~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Places i've been to


visited 9 states (4%)