Wednesday, April 28

he's just a child

Al-fatihah utk arwah Aminulrashid 
yang meninggal dunia hari isnin haritu..




dulu aku join COP..
aku jumpa budak-budak yg kurang bernasib baik
lpas aku quit, aku join kelas CLE
jupe lagi kanak-kanak begitu..
apa pun keadaan diorang,
diorang manusia biasa..
kanak-kanak biasa...

hari ni aku masuk FB
tgk budak2 ni join group-page
yang ada gamba budak lelaki..
nama Aminulrashid..
sdap nama tu..
curious..sbb ada perkataan 'polis' dan 'kejam'
kat nama group tu..

aku klik..
baca fakta kejadian kt ruang info..
dan demi tuhan
tersentuh hati aku..

he's just a child..
a year younger than my youngest brother..
yet,
he was SHOT at the BACK OF HIS HEAD!


kalau kna tembak dengan penjahat,
aku akan rasa marah sgt dgn penjahat yang bodoh
xde akal gi tembak budak..
tapi arwah ditembak oleh Polis!
as a law student, i know one or two things about police n their procedure..
and i think i've heard somewhere,
that the 1st shot shouldnt be a shot to kill
it shud be a shot to impare..
shot to kill hanya kalau org tu mbahaya dengan mbawa senjata
n mngancam keselamatan awam..

tapi arwah cuma kanak-kanak..
apalah yang budak 15tahun boleh buat dengan tangan kosong dorg
kalau nak dibandingkan dengan sekumpulan polis?

lepas arwah meninggal dengan cara kejam macamtu,
dia dikutuk pulak media
yang sama sendiri bagi keterangan bertentangan..
forum2 plak pegi kutuk dia kata dia penyangak
"kanak-kanak bermasalah"
"perosak bangsa."
"mak bapak tak reti jaga anak!"

rasa nak ketuk tangan2 yang menaip bahasa2 tu!

apa dorg fikir dorg bagus sgt ke utk lemparkan kata2 mcmtu?

and dorg lupa agaknya mcmana perangai dorg masa umur 15tahun!
kau baik sgt ke masa kau budak2!
jgn lancang mulut persoalkan sifat orang yang dah tiada tu
sbab kau tak ada kat situ masa dia kena tembak
aku pon x ada kat situ
so pandai2 lah jaga bahasa

dia kanak2 kot!
baru kenal dunia..
dari pngalaman aku jumpa kanak-kanak yang kurang bnasib baik
aku tahu dorg bukan suka pon jadi nakal lebih skit dari kwn2 lain
kadang-kadang dorg ada rasa takut
ada rasa nak hidup yang lebih baik
tapi kau tau tak kbanyakan kanak-kanak yang nakal lebih dari biasa ni
selalunya ada masalah dalam hidup

dan kadang2 diorang terjerumus secara tak sengaja
kadang2 dorg terlalu berani mencuba
jangan kata dorg bodoh atau jahat atau tak guna
sebab dorg tgh mbesar!
kalau dewasa mulut mcm longkang
guna bahasa kesat hina org sesuka hati,
ko fikir budak2 yang melihat akan jd baik ke?

apa pun alasan Polis,
aku tetap rasa benda yg jd kat Aminulrashid tu tak patut jadi
sakit kot kna tembak
kat kepala mesti lagi sakit..
dia budak2..
mesti sangat sakit waktu tu..
tak kesian ke??
dah tembak tayar empat2 pecah pon nak tembak kepala ke?
kesian la kat dia..

aku harap siasatan nanti tak perjudis, xberat sebelah dan telus..
taknak jd mcm kes2 keganasan polis sblm ni
lama2 senyap mcm tu je

kalau kat negara2 eropah n amerika,
sah2 kena condemn teruk agensi polis skrg ni
sbb kt sana hak kanak2 mmg dijaga
kat sini?
haish...
siap leh hina caci maki budak tu..


al-fatihah buat arwah..
smoga keluarga arwah tabah..
derita kehilangan anak mmg perit..
semoga Allah mrahmati rohnya..
amiiinn~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Places i've been to


visited 9 states (4%)