Wednesday, July 29

::Bila Intelek Berhati Batu::

hari ni aku datang penuh harapan..
tapi bila kau mula berhujah, hati ak mcm patah2!
kau bagi alasan itu,ini..
kau bandingkan dgn sana sini..
kau sebut melbourne,kau sebut UCLA..
ak pon x tau kenapa...
mungkin kau nak menunjuk..
atau mungkin kau hilang petunjuk??

sudahlah!
aku bkn budak tadika yg kau boleh sogok dengan ayat2 hebat..
atau budak hingusan yg kau boleh tipu dengan statistik dan data..

apa kau nak sbnrnya?
kau nak aku setuju dengan idea songsang kau?
itu ke niat d sebalik "dialog" kau?

mari sini ak begitau fakta yang kau perlu tau...

---kau cakap kau nak bendung KEBANJIRAN kereta2 org awam yang guna UM sebagai jalan pintas.. apa masalah kau ni?? senang sungguh nak beza org awam dengan pelajar..kad matrik yg kau selalu mintak tu lah bukti kami pelajar. yang tak ada kat matrik tu ORG AWAM lah..susah sgt ke?

---kau kata ini polisi mantan naib canselor..kau sengaja cari alasan ke??? benda lain boleh pulak kau tukar. peraturan yang menyekat hak asasi manusia ni tak nak pulak kau tukar?? kebebasan kami bergerak kau dah sekat..pensyarah aku kata, hak asasi lah yg menjadikan manusia itu manusia..


--- kau suruh aku masuk ikot gate damansara...kau tau tak nak masuk damansara tu jem??? kau tau tak aku dari mana?? dari KLANG.. apa masalahnya kalau aku ikot gate KL?? apa masalahnya ikot gate PJ?? kau jangan cari alasan..alasan kau tempang..bila kami terjah, kau elak...jangan sampai kami sergah..

kau sedarlah...kau ada di tempat kau sbb kami..tanpa kami(pelajar) kau tak jadi apa yg kau jadi skrg... kau tak payah bandingkan dengan zaman kau grad tahun 1984..proton saga pon belom ada lagi.. pelajar pulak tak ramai mcm sekrg..majoriti duduk kolej..kolej semua dalam kampus..jadi kau jangan bezakan zaman kami dan zaman kau..kau dan aku berbeza...


kau sedarlah..kau juga ada anak..kau bayangkan lah..kau beli kereta untuk anak kau, supaya dia senang nak pergi tuntut ilmu..tapi ada pentadbiran yang tak rasional, buat peraturan tempang, suruh dia parking 3KM jauh dari fakulti.. akhirnya dia kena jalan kaki..apa perasaan kau?? kau tahu Tuhan maha kuasa..apa yang kau buat pada anak org, org akan buat pada anak kau..


aku hampa..kau keras kepala..aku kecewa..kau bijak pandai,sepatutnya kau peka..sepatutnya kau dengar..bukan hanya meminjamkan telinga..tapi kau dengar dengan hati...

tapi aku sedih..kau anggap kami mereka-reka cerita..kau anggap kami membesarkn perkara..

ingatlah tuan..hari ini kau di atas..esok lusa? Wallahualam..


nota: penggunaan AKU dan KAU, tidak bermaksud berkasar..ingin saya beri penekanan bahawa penggunaan kata ganti nama ini tiada niat lain selain untuk melambangkan rasa dekat di hati..[apabila kita berdoa kepada tuhan, kita menyebut " ya tuhan, kau ampunkanlah dosa ku.." membuktikan penggunaan ganti nama itu bukanlah sesuatu yang tidak sopan]

5 comments:

Nathalia said...

uit2..
sabo2..
ukm pn dh jd cmtu.
seb baek ak xdrve.
hehehe

seribu satu kenangan said...

sabo je lah..hehhe:)
kak..assngmnt tak ciap agy nie..hahhah:D

nor dalila bt mohammad zambri said...

sedap siot prosa moden ko..aku bangge sampai bace kuat2..reka name pena ar, jd penulis aliran hohoho...

sUhanA said...

tggu ak lulus consti k..pastu ak jd penulis column utk aliran..hahahaha

Anonymous said...

nice one syg...nak lagi smart bace dalam nada lagu alhamdulillah too phat!!hehe..love u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Places i've been to


visited 9 states (4%)