Tuesday, August 18

selsema BABI

petikan dari pekeliling Pengarah Kesihatan Malaysia;


Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan influenza A(H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A(H1N1). Berikut adalah saranan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan untuk membendung penularan penyakit ini :-


1.Orang ramai yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan dianjurkan tidak mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, melancong, pergi ke tempat kerja atau sekolah serta menaiki kenderaan awam. Perbuatan ini boleh menularkan jangkitan influenza A(H1N1) kepada orang awam dan kebimbangan adalah jangkitan kepada mereka dari kumpulan berisiko.


2. Mereka yang bersimptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebarkan kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu sesiapa yang mempunyai simptom influenza mesti berada dirumah atau jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tiada bersimptom lagi.
Sekiranya mereka yang bersimptom tapi perlu juga melakukan aktiviti luar rumah yang amat mustahak, mereka mestilah memakai topeng muka dan mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa.



Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):
1. Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.
2. Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>380C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).
3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.
Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1).
Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-­88810200 dan 03-­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai.
Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 18 Ogos 2009

-- kepada keluarga,sahabat dan kenalan, sila beri perhatian..jika anda tergolong dalam 3 kategori yg dsebutkan d atas, silalah segera dapatkan suntikan anti-viral bg selsema haiwan haram ini..
-- dibawah adalah langkah2 tepat pemakaian topeng..bukan boleh main pakai je...

1.Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat , bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).



surgical mask ikat
  


mask N95 macam handphone NOKIA r pulak

surgical mask getah



2.Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?

Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza A.
Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.
3.Apakah kegunaan surgical mask?
Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.

Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.
4.Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?
Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.
rumusan penggunaan mask:



sambungan....


*klik pada gambar for larger view*
 
--bersama-samalah kita membantu mencegah penyakit binatang haram ini...Ramadhan sudah hampir tiba..Syawal pulak akan menjelma..xmahu nanti ada yg berhari-raya tanpa insan tersayang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Places i've been to


visited 9 states (4%)